Isnin, 6 Oktober 2014

Tips ringkas shopping online market luar negara


Assalamulaikum.....Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai tips bagaimana hendak shopping secara online market luar negara .Alhamdulillah setakat hari ini semua barang yang saya oder melalui online selamat sampai ke tangan saya .Tahukah anda ,bagaimana kita hendak mengetahui sama ada website tersebut boleh percaya atau tidak ?Berberapa langkah perlu di ambil dan pertimbangan perlu di ambil kira sebelum anda shopping  .

Pertama sekali boleh melihat secara keseluruhan website tersebut.pada kebiasaannya website tersebut di lengkapi dengan trusted icon,namun begitu anda masih perlu melihat rating website tersebut  dengan  cuba melayari dan membuat sedikit carian mengenai rekod jualan website tersebut melalui google 

Beli barang Serendah 10 Dollar terlebih dahulu sehingga anda berasa berpuas hati dengan rekod penghantaran dan kualiti barangan tersebut .Mengikut pengalaman saya,saya hanya buat oder hanya barangan berharga 10 Dollar ke bawah sahaja untuk percubaan.

Untuk membuat pembayaran anda perlu ada sekeping Kad Debit atau akaun PayPal yang di linkan dengan kad debit tersebut.Namun bergitu anda masih boleh membuat bayaran terus dengan menggunakan kad debit yang anda ada .bagi saya kalau anda berani membuat pembayaran menggunakan debit card ,anda boleh melakukannya dan sekiranya berlaku apa-apa perkara wang anda tidak di kembalikan .

Saya lebih syorkan anda menggunakan Paypal sekiranya berlaku apa-apa masalah anda boleh lagi claim wang anda dengan selamat 

Carilah website jualan yang membuat ofer barangan serendah 10 Dollar untuk mecubanya .Gunakan Pakcik Google,jimat masa anda ,anda boleh bershopping dengan selamat hanya di depan laptop sahaja 




Ahad, 6 Julai 2014

Laman web yang penuh info mengenai handphone

sebelum beli sesuatu barangan,terutamanya handphone eloklah rasanya anda melihat ciri-ciri yang ada pada handphone itu terlebih dahulu, untuk mengelakkan anda di tipu


Berikut laman web yang anda boleh rujuk sebelum anda membeli handphone







Walaubagaimana pun anda di nasihatkan supaya sentiasa alert dengan scamer


Ahad, 15 Jun 2014

Tips Urus wang semasa gawat

Nah kali ini saya ingin syorkan sikit kepada para pembaca mengenai sebuah buku yang di terbitkan pada tahun 2012 untuk mengurus wang kita.Setebal 86 muka surat menceritakan cara-cara menguruskan wang kita


kalau hidup susah,hati resah ,dan jiwa gelisah,SAH,anda perlukan buku ini .Hidup tenang walaupun berhutang?Jangan menipu diri sendiri .Kalau ada masalah wang,muka pasti tidak berseri .Jangan tunggu muflis ,deritanya tidak terperi .Isteri pun lari ,hidup sepi seorang diri .

Wang bukan segala-galanya ,namun segala-galanya perlukan wang .Buku ini bukan buku ajaib yang dapat mengeluarkan wang kepada pembacanya .Namun,setiap helaian buku ini sangat berharga dan membantu kita menguruskan hal ehwal kewangan .Buku ini menyediakan:

  • panduan mengurus dan menyelesaikan hutang
  • Panduan melabur semasa ekonomi gawat dan stabil
  • Cara menambah wang dari sumber luar
  • Teknik hidup selesa dengan cara yang jimat
Memegang buku ini adalah langkah pertama mengurus kewangan yang berkesan .Tahniah .Anda adalah bakal jutawan yang akan memiliki dan menguruskan wang berjuta-juta ringgit.

Ahad, 25 Mei 2014

Coklat Cadbury ku sangkakan panas ke petang rupanya hujan di tengah hari.....

Terkejut besar saya bila baca post di whatapps,balik rumah terus sahaja saya on laptop.Memcari komen-komen berkenaan dengan coklat kegemaran ramai di facebook.Alangkah terkejutnya saya bila saya dapati ramai yang komen negatif berkenaan dengan coklat Dairy Milk .Ada DNA B$%%*.Mak aih ,mengapa sekarang baru nak detect ?

Nasib baik saya dah boikot terlebih awal coklat ini kerana isu kemanusiaan di Plastein dan saya tertanya-tanya juga peranan JAKIM ,sebab ini soal halal haram.Kata kawan saya,memang coklat ini berlemak bila di makan

Saya melihat anak saya yang berusia 4 bulan,terdetik perasaan bimbang di hati,apakah nasib anak kecil ini nanti ,kalau isu pemakanan ini tidak dititik beratkan.Bayangkan lama mana sudah coklat ini berada di pasaran negara ?dan berapa ramai pula yang sudah memakannya .

Saya malas nk menghentam cukup coretan ini sebagai rasa kekecewaan sorang pengemar coklat.

P/S.Mohon doa dan taubat pada ALLAH,Mohon juga sekiranya ada coklat muslim sila ketengahkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...