Rabu, 12 Jun 2013

Kali Ini kereta pula yang hilang ....Area Bangi


Sumber Facebook


Assalamulaikum tolong sebarkan.. member ada hilang kia forte putih..no plate KDH9876..no plate mungkin dah dtkr,,rim seperti dalam gambar.belakang ada sticker i luv islam.dekat cermin depan dan belakang ada sticker OKU..call 0193155262..hilang pagi td,owner pergi kursus.break in house,ambk smart key,,drve off car

Pemilik kereta adalah sorang OKU 


Jumaat, 7 Jun 2013

Kemalangan Ngeri Jalan Aternatif Terengganu-Kota Baru



Pada 2.6.2013 jam 4 petang lebih kurang,masa itu saya menghala untuk pulang ke rumah mak saya di Kg Paya Rawa Besut Terengganu

Saya merasa pelik  mengapa kereta bersusun-susun di atas jalan raya,ada road block kah?
Rupa-rupanya ada berlaku kemalangan yang melibatkan 2 buah kereta
Sungguh mengerikan bila menglihat keadaan kereta yang bergitu teruk.
Menurut sumber yang terdekat,kejadian kemalangan tersebut berpunca daripada salah sebuah kereta tidak berjaya memotong menyebabkan kemalangan

Namun pemandu kedua buah kereta dilaporan dalam keadaan selamat dan hanya luka-luka kecil sahaja,manakala penumpang di bahagian belakang tidak mengalami sebarang kecederaan 

Khamis, 6 Jun 2013

Majoriti Penghuni Syurga dan neraka

H.R Bukhari Muslim  
Daripada Ibnu Abbas dan Imran Bin Hushain radhiallahu anhum daripada Nabi Saw.sabdanya :"Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada kalangan orang-orang yang faqir .Dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan  

Keterangan:

Di malam Isra Mi'raj telah diperlihatkan kepada Nabi saw banyak perkara-perkara yang ghaib,termasuk di antaranya keadaan di Syurga dan keadaan di Neraka .Maka apabila Nabi saw.masuk ke dalam Syurga ,beliau melihat kebanyakan  penghuni syurga adalah daripada kalangan orang faqir.Ini disebabkan  sewaktu mereka berada di dunia  dahulu banyak berpeluang untuk memperbanyakkan amal ibadat.Lainlah halnya dengan orang kaya yang banyak disibukkan dengan menghimpunkan harta dan disibukkan pula dengan menjaga harta yang ada .Mereka menghabiskan masa untuk mengejar dunia yang diangan-angankan,sehingga mereka di kejutkan oleh kematian sebelum berkesempatan berbuat amal ibadat.Mereka akan menyesal di saat yang tidak berguna lagi penyesalan

Dan Apabila Nabi saw.melawat ke dalam neraka maka beliau melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada kalangan perempuan.Ini disebabkan ramai orang perempuan yang tidak menunaikan hak suami.Mereka tidak berterima kasih atas pemberian suami dan tidak mengjaga diri di saat suami tidak ada di rumah,tidak menutup aurat daripada orang yang bukan mahram dan ramai pula di kalangan mereka yang keluar dari rumahnya dengan bermacam-macam perhiasan dan persolekan,memakai minyak wangi dan membiarkan bau wangi dicium oleh orang  yang bukan mahramnya.Sedangkan ia menghadapi suaminya dengan pakaian yang buruk dan badan yang berbau busuk.Inilah di antara sebab-sebab yang mengakibatkan ramai di kalangan perempuan yang akan masuk Neraka.Maka peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...