Rabu, 7 Disember 2011

Sedarlah

Alhamdulillah, segala puja dan puji ke hadrat Alah ‘Azza Wa Jalla, kerana dengan limpah dan kurnianya tertegaknya kembali pena yang telah lama kering, yang sebelum ini menulis telahan hati yang masih lagi berkeluh-kesah dan mengaduh tentang itu dan tentang ini.
Senantiasa, kita masih lagi mempersoalkan tentang banyak perkara. Yang kadang sehingga terlupa bahawa Dialah penggerak segala. Sambil jarang-jarang sekali merenung diri, mencari erti manusia dan penghidupan. Di manakah ‘aku’ dan Dia ketika itu?
“Apakah mereka tidak melihat kepada unta; bagaimana ia dijadikan? Dan kepada langit; bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan kepada gunung-ganang; bagaimana ia ditegakkan? Dan kepada bumi; bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan! Sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa ke atas mereka. Akan tetapi, sesiapa yang berpaling serta kufur ingkar, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya, kepada Kamilah kembalinya mereka. Kemudian, sesungguhnya ke atas Kami jualah yang menghitung amal mereka.” –Q.S. 88:17-26

Tiada lain dan tiada bukan, sebaik bangkit dari tidur, kepadaNya jualah rasa syukur. Meskipun dikumpulkan rasa syukur itu puluhan ribu tahun pun, masih lagi tidak dapat mengatasi segala nikmat yang telah diberikanNya. Pada mulanya, disedarkan daripada mati yang seketika. Kemudian, diberikan nikmat nafas untuk bernyawa. Dikurniakan pula penglihatan untuk mencicip keindahan alam ciptaanNya. Diberikan kudrat untuk melangkah, menunaikan tugas dan tanggungjawab yang tersedia. Namun dengan yang demikian itu, tidak sepicing pun rasa bersalah menyelinap tubuh pada ketika kita marah, memberontak, mengata itu dan ini. Sehinggalah, semua itu membawa kepada penyelewengan tanggungjawab asal kehidupan sebagai seorang manusia, dan hamba kepadaNya.

Dengan angkuh dan bongkak, direnggutnya harta dan nikmat kekayaan di dunia. Sehingga tergadainya kebahagiaan milik keluarga yang hidupnya sekadar mengais sehari-hari. Dengan sombong dan bangga, mengaku tiadalah itu semua hanya demi kepentingan dan kemudahan rakyat. Sedangkan bawahannya, terketar tubuh mempertahankan maruah di hadapan keluarganya. Dengan lantang bersuara, bahawa mereka itu; itu dan mereka ini; ini. Tanpa segan dan silu, melapah daging saudaranya sendiri yang telah mati, di hadapan ramai. Mengaku bahawa dialah yang sebenar-benarnya berjuang demi memartabatkan bangsa dan tanah air, tanpa melihat keadaan zahirnya yang bangsa dan tanah air itu telah lama tergadai. Sambil mahkotanya terpakai, tanpa disedarkan bahawa kesemua itu akan dipersoalkan satu-persatu.

Benar, bahawa bukanlah suatu yang mudah untuk merasakan diri ini adalah tanda kasih dan sayang Allah s.w.t.. Tambahan pula, diri ini sentiasa tidak layak untuk berteleku, apatah lagi untuk berdiri di hadapan Allah s.w.t.. Sesungguhnya, tiadalah daya dan upaya bagi kami. Melainkan dengan izinNya, tuhan Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Agung.

Jika begitu, mengapa masih lagi berjalan mendabik dada? Mengapa masih lagi bersuara tinggi menuduh yang tidak-tidak, itu dan ini? Mengapa masih lagi mahu berjanji pencakar langit yang belum tentu mampu berdiri? Mengapa masih lagi tidak mendengar jeritan hati kecil yang mendambakan makanan rohani?

Sudahlah bersujud di tikar sembahyang seminggu sekali. Tangan yang dihulur, mahukan nama yang disanjung tinggi. Berbangga pula, kononnya rakyat yang SATU ini hidup rukun dan damai. Sedangkan hati gundah gelisah tatkala anak hanya berada di hadapan rumah. Bimbang, entahkan diculik, entahkan diragut. Runsing meninggalkan rumah menuju ke kampung halaman, entahkan selamat, entahkan tidak. Pening memikirkan perbelanjaan sehari-hari yang semakin menjulang tinggi. Sedangkan, upah dan gaji hanya sekadar untuk diri sendiri, usahkan nak menyara anak dan isteri.

Demikiankah tafsirannya rukun dan damai? Demikiankah tafsirannya rumpun yang SATU ini berbahagia di atas tampuk yang memimpin? Benarkah segala yang dijaja untuk kepentingan rakyat, dan bukan untuk poket sendiri dan kroni? Benarkah itu? Dan benarkah ini?

Ingatlah! Bahawa nikmat dan seksaan Allah itu benar. Bahawa dosa dan pahala itu benar. Bahawa Mungkar dan Nakir itu benar. Bahawa syurga dan neraka Allah itu benar. Bahawa janji Allah itu benar. Bahawa Allah itu hanya Esa, adalah benar. Bahawa Muhammad s.a.w. itu pesuruhnya, adalah benar.

Maka Sedarlah, wahai diri ini bahawasanya engkau adalah hambaNya. Dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dunia. Berlandaskan asas aqidah yang telah ditetapkan di dalam kitab-kitabNya. Maka kesemua lakuan dan tanggungjawab itu, dengan pasti akan ditanya, adakah semua itu bermanfaat untuk dirinya.
Jika diizinkanNya, kalam ini akan tertulis lagi…

Oleh: Qalaamiy, Lisaaniy

Selasa, 6 Disember 2011

I, She, They ... pain ..


"It is the Sunnah of the fighting, wandering, and wandering. So impoverished as a tradition, separation of child and wife ... "

Awe ... was impressed ... After listening to all the temples of poetry, I was glued to see themselves as increasingly crippled. This heartbreak remembered parts assertion of responsibility yet because preoccupied and engrossed with the cradle of the world.

The world ... Although I realize they are transient in nature, but they still have no force or hereafter attempt to hurry to the Baqa. Although they are aware of me and all will be asked about the responsibilities, yet still be complacent as if all that does not matter ...This measure is more tender, self-loading design brings a self-created. The nature of this weakening of the body bears may not have anything to worship Him facing the All-All. Is increasingly jaded eyes see attitude brethren blame them impudent talk among themselves. These ears hear less talk of these words by the Holy dititipkan general. Oh ... How could I, and they came to meet him?

But despite the lament, and this, O my brothers know Allah bahawasa would impose a variety of resistance and attempts to thee. He Bahawasa hakikatmu sure will try. It really would like a statement that brought in the word;

"ALM. Does the human being regardless that they are left alone to declare that: 'We believe.' And when they are not tested? We have tested those before them, Allah knows those who are true and He knows those who lie. "QS 29:1-3

That's all there, as was proclaimed by His Majesty;"The most serious attempt was the Prophet, then the next best, then the next best." AlHadithusy Sharif"Allah Ta'ala, the love of a people, they tried it (with a variety of attempts). So those who are pleased to attempt this, they will get blessings. And those who hate will attempt, his wrath of God. "AlHadithusy SharifAnd know, O my brothers that it is testimony to the faith requires him to the evidence. So the evidence would bring kepanya to jihad. And jihad is a long road, full of pain and suffering is ...
"The road to heaven was approached by the difficulty. And the road to hell is approached by a passion lust. "And know that there is a heaven filled with 'hate'.As of this word still standing ...
Qalaamiy, Lisaaniyكلامي لساني
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...