Khamis, 24 November 2011

Apa yang best sangat dengan Angry Birds?

Assalamulaikum ,baru-baru ni ada lah adik saya ni dok bercerita pasal angry birds,sejenis burung yang comel2 tu badan pun takder,jadi saya pun buat carian di google,apa yang best sangat dengan Angry Birds ni sebenarnya?



oooo baru saya tahu rupanya 3 ekor burung yang menjaga telurnya dari di curi oleh khinzir hijau,di akhir video ini angry birds mengupah helang hitam untuk menyelamatkan telurnya,apa yang menariknya dalam video ini sikap berkerjasama yang di tunjukan di dalam video ini,namun sebenarnya angry birds ini lebih kepada game di iphone

Sabtu, 5 November 2011

Isi tersirat di sebalik pintu

Assalamulaikum,esok kita akan menyambut hari raya korban,disini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua

POsting saya pada kali ini ialah bertajuk Isi tersirat di sebalik pintu,kita sedia makluma bahawa setiap perkara yang berlaku di depan mata kita sekarang mempunyai maksud tersirat,menunggu menerpa ke arah kita,ibarat berselidung di sebalik pintu

Ramai yang tidak sedar akan tersirat ini,bagi mereka yang sudah memahami keadaan maka,mereka sudah dapat tahu dari awal apa yang tersirat di sebalik pintu tersebut .

 Mungkin para pembaca merasakan sesuatu ketidak fahaman apakah yang saya ke utarakan disini,bagi mereka yang mempunyai ilmuan sejati akan dapat melihat perkara ini dan apa yang sedang berlaku duniawi kita sekarang.


Anak bangsa kita sendiri tidak mengerti bahasa lain,justeru apa lagi yang mahu kita pertahankan,dengan mudahnya bangsa lain menguasai bangsa kita


Cukupkah dengan melaungkan Hidup Melayu sudah memadai?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...