Khamis, 27 Oktober 2011

VLD Bakal Menjadi Produk Paling Laris Di Pasaran Internet!

Salam hormat,

Umumnya semua orang berminat untuk menjana pendapatan di internet, tetapi hakikatnya masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan internet pertama mereka.

Ada sesetengah mereka, telah ada produk untuk dipasarkan tetapi tidak tahu dimanakah pasaran yang sesuai dan berpotensi untuk mereka jual.

Jadi, di dalam DVD Video Lubuk Duit bakal mendedahkan bagaimana anda boleh memulakan bisnes anda yang pertama di internet dan terus menembusi pasaran luar negara dengan cara yang paling mudah berpandukan langkah demi langkah.

http://bit.ly/tiZ5Rh

Saya sendiri telah membaca dan melihat ramai dikalangan kita yang berjaya meraih pendapatan yang cukup lumayan samada dilakukan secara part time ataupun sepenuh masa.

Saya percaya produk yang berkualiti dan sarat dengan infomasi ini mampu membantu sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes di eBay tanpa perlu tertanya-tanya lagi kerana panduan untuk memulakan bisnes telah pun ditunjukkan di dalam video ini.

http://bit.ly/tiZ5Rh

Saya sarankan anda dapatkan Video yang sedang hangat dipasaran ini kerana saya yakin, produk ini amat membantu anda atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes mereka di eBay.

Saya juga telah dimaklumkan oleh saudara Noorizam Shah bahawa DVD ini hanya akan dijual sebanyak 500 unit sahaja bagi harga tawaran terhad.

Dan saya juga dimaklumkan hampir 30 orang agen telah dilantik untuk melakukan pemasaran produk ini dan saya yakin, jika anda lewat membuat tindakan, kouta 500 unit ini bakal kehabisan bila-bila masa dari sekarang!

Cuba anda bayangkan jika setiap 30 orang agen ini mempromosikan video ini kepada orang lain dan mampu menghasilkan 16 jualan setiap orang, apa akan terjadi? Senang-senang sahaja 500 unit ini dijual.

Psssttt.. saya juga ada dengar ada seorang IM
mempunyai list subscriber mereka lebih dari 6000 orang. Apa akan jadi jika 40% daripada senarai pelanggan mereka membeli daripada IM ini?

Anda juga akan terlepas peluang nanti. Jadi, sebelum IM ini mempromosi secara agresif kepada pelanggan-pelanggan mereka, lebih baik anda dapatkan DVD Video Lubuk Duit ini pada harga tawaran yang cukup-cukup berbaloi hari ini juga.

http://bit.ly/tiZ5Rh

Jangan terlepas peluang,

Jumpa lagi,


Jumaat, 7 Oktober 2011

Berbudi Pada Tanah




Orang tua2 kata tak rugi berbudi pada tanah. Cerita pasal berbudi pada tanah ni memang terpahat rapi dalam setiap memori orang-orang tua terutama yang duk kat kampung-kampung. Mak bapak, datuk nenek dan moyang kita dulu lah. Sekarang ni kita je yang mungkin duk kat bandar macam KL, Penang, JB, Putrajaya hatta Ipoh sekali pun, jauh dari kampung laman. Duduk kat bandar besar macam ni memang susah nampak tanah. Keluar pagi, balik malam. Jalan pun atas pavement konkrit atau pun tiles yang sinar banar! Mana nak nampak tanah! So, macamana nak berbudi pada tanah!!

TJ sebenarnya nak mengingatkan kembali senario zaman TJ kecil2 dulu (mungkin dalam belasan tahun). Walaupun bapak TJ ni sorang guru sekolah, beliau memang rajin bertanam di sekeliling rumah. Batas2 sayur-sayuran pendek kata dapat dilihat berada disekeliling rumah.

Bukannya ada kebun yang besar, namun boleh dikatakan setiap jenis sayur2 asas tu ada ditanam. Antara jenis sayur2 yang ditanam beliau adalah seperti keledek, sawi, kacang panjang, petola, lobak dan of course tanaman tak asing lagi kat kampung, ubi kayu. Bukannya banyak, cuma sebatas dua. Yang lain2 tu seperti lada, terung dan kacang bendi memang tidak putus hasilnya.

Kat rumah TJ pula, pokok2 dan sayur asas yang TJ ada melata ialah serai, kunyit, halia, lengkuas dan lada. Kalau buah2an, orang tua zaman dulu memang pastikan mereka ada kebun rambutan, durian, mempelam, duku langsat dsb. Tapi kalau yang sekitar rumah tu adalah sepohon dua betik, mempelam, kelapa, pauh ringan (vocab org kelantan) dan pisang.

Sebab tu lah TJ juga ada tanam serba sedikit sayur asas seperti sawi, terung, kangkung dan lada di kawasan rumah TJ sekarang. Hatta pegaga dan daun cekur manis pun ada!
Beberapa batas keledek yg ditanam di kawasan rumah TJ

Laman bukannya luas sangat, dapatlah digunakan segera bila diperlukan. Kalau lihat kat sekitar rumah TJ sekarang, yang tinggal hanya pohon betik (dulunya ada 2 pohon – 1 pohon boleh hasilkan hampir 70 biji buah betik), lebih kurang 8-10 perdu pokok pisang, 1 pokok kelapa rendah di hadapan rumah, 1 pokok mata kucing pingpong (baru 2 kali boleh makan hasilnya- sekarang ni sedang berbunga), mempelam epal, pauh ringan (lagi2 pokok ni..) dan pokok sawa nila (baru dpt makan sekali je – alaaah cikulah dalam BM). Yang paling mendatangkan hasil adalah pisang dan betik. Dapatlah keluarga TJ makan dan boleh jugak bagi kat kaum keluarga terdekat dan juga jiran2. Tak payah nak beli2 kat pasar.


Yang tak mendatangkan hasil tapi bolehlah mencantikkan kawasan rumah TJ adalah seperti pokok pinang hiasan (2 jenis) dan bunga2an yang taklah secantik mana. Sekadar memenuhi pasu dilaman rumah. Pengakhir bicara, TJ memang cadangkan kepada semua agar berbudilah pada tanah, walau pun tanah itu seluas sekangkang kera pun. Tidak rugi berbudi kepada tanah! Biar sedikit, tetapi ada.

Isnin, 3 Oktober 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir


1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta 
menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...