Sabtu, 30 April 2011

Kebaikan jalan sehala dan keburukanya di mata saya

Assalamulaikum posting saya pada kali ini berkaitan dengan jalan sehala,saya baru sahaja pulang dari Kota Bharu pada hari ini,sekitar jalan di bandar agak tidak sibuk kerana pada hari ini hari sabtu,kalau  diikutkan  Kota Bharu mesiti sibuk kerana  semua pejabat kerajaan cuti,


Apabila melihat Papan tanda Jalan Sehala saya mula terpikir apakah kebaikan MPKB-BRI ini membuat laluan sehala,bila melaihta keadaan aliran traffik di sekitar bandar ini sungguh berjalan lancar kerana laluannya sehala sahaja,ohhh.

Budaya memotong dengan membuta tuli juga dapat di elakan dengan adanya jalan sehala ini,bila tiba musim perayaan kesesatkan dapat juga di atasi dengan baik.

Keburukan jalan sehala pula,apabila saya tersalah masuk simpang,saya terpaksa mengikut arus jalan sehala itu sehingga saya berjumpa kembali simpang yang saya ingin lalui,sungguh memenatkan

Jadi apabila kita menglihat papan tanda Jalan Sehala maka hendaklah kita memperlahankan kenderaan supaya tidak tersalah masuk simpang,melainkan kita sudah paham dengan keadaan jalan tersebut

Kakulators:Itulah serba sedikit berkaitan dengan jalan sehala di mata saya

Selasa, 26 April 2011

Ikan siakap Goreng


Assalamulaikum pada kali ini saya ingin posting kepada anda semua berkaitan dengan Pesta makan ikan siakap,ikan siakap menrupakan salah satu ikan termahal di pasaran negara,pada kebiasaannya harga sekilo ikan siakap mencecah RM15-RM 20 untuk 1 kilogram.Rezeki saya  pada hari itu dapat gak menjamu selera makan ikan ini.Gambar diatas menunjukan ikan siakap yang sudah siap di basuh tetapi masih belum di belah perutnya



Gambar dia atas ini menunjukan ikan yang sudah siap di belah perutnya,dan di sapu garam berserta sedikit lada yang sudah di mesin,cuba perhatikan bentuk ikan siakap ini,teringat Iklan susu ermmmmmmmmmmmmmm sedapnya


gambar diatas ini tidak perlulah saya cerita yer,anda semua sudah sedia maklumkan .....tunggu hasilnya pula 

gambar di atas ini adalah ikan yang sudah siap di masak ermm rasa lapar lah plak yer bila melihat ikan ni


kakulators:gambar ketika sedang makan tu saya tak sempat ambik sebab terlampau sedap menikmati ikan itu  maka....hehe


Isnin, 25 April 2011

Tips mencari atikel berkaitan dengan Assgemnt anda ....




Assalamulaikum kepada follower dan para pembaca sekalian kali ini saya ingin berkongsi satu tips bagaimana kita sebagai seorang student boleh mencari atikel-atikel untuk assgemnt kita dengan mudah.Saya bagi sedikit tips yang selalu saya gunakan iaitu mula-mula gunakan pakcik google.Kelihatan kotak seperti gambar di atas dan kita taipkan kata kunci tajuk assgemnt contoh Gitar maka result untuk Gitar seperti di bawah


Screen short diatas bulatan berwarna merah adalah tempat rujukan dan anda boleh masuk dan melihat samaada atikel itu sesuai atau tidak dengan assgemnt anda itu.Sebenarnya dengan hasil carian sebegini akan memberi lebih idea untuk anda  membuat assgemnt,namun tidak semua atikel releven dengan apa yang kita perlukan dalam menghasilkan assgenmt tetapi kita masih boleh mencuba keadah ini .

kakulator:Mencari atikel yang berguna sahaja yer harap maklum

Sabtu, 23 April 2011

Luahkan segalanya


Assalamulaikum kalau anda rasa tidak puas hati luahkan segalanya kepada mereka yang dapat mendengar dan menasihati anda,tapi jangan luahkan segalanya kepada orang yang  tidak sepatutnya,ini akan menyebakan keadaan bertambah buruk


Luahkan segalanya kepada kawan-kawan yang betul memahami masalah anda,anda pasti biasa terdengar perkataan ini.....kalau aku dah lama dah budak tu kena tumbuk......kalau anda sudah berkerja dan rasa tidak puas hati dengan dengan boss luahkan segalanya kepada boss,cuba ajak boss berbicang secara face to face,sebelum anda membuka topik tu elok lah anda bersedia sekiranya boss anda juga ingin meluahkan segalanya kepada berkenaan dengan prestasi kerja anda

kalau anda tidak berpuas hati dengan ibubapa anda saya saranankan anda diam sahaja luahkan segalanya pada kakak,adik yang masik kecil ker sekurang-kurang ada gak org nak dengar walaupun adik anda tu tak paham apa pun

Rasa tidak puas hati juga sering kali berlaku dalam pada tengah asyik bercinta,luahkan segalanya kepada awek atau pakwe anda tu secara berhemah dan matang sikit,kalau yang dah matang tu rasanya dah tak perlu buat matang bergitu juga dalam berkawan kalau rasa tak puas hati jangan dok umpat di belakang nya,ajak face to face jauh dari orang ramai lepas luahkan segalanya yer


kakulators:Saya pun dah amalkan juga cara ini,ermm hasilnya orang akan respet sama kita

Khamis, 21 April 2011

syukur pada ALLAH...

Sebentar tadi saya pergi ke kolam untuk membuang air dari kolam untuk perternakan ikan siakap,termenung saya sekejap bila memikirkan tentang masa depan yang mendatang,namun di sebalik kesusahan dan kepayah itu ada hikmah yang sangat besar dalam kehidupan saya ini.

Setiap kesusahan yang di alami itu sebenarnya mematangkan pemikiran dan memperbanyakan sabar dalam diri,maka timbulah pelbagai idea dan usaha kearah memajukan lagi diri ini.Tengok di dasar kolam terdapat 2-3 ekor siakap sedang berenag-renang,sumber rezeki ALLAH bagi pada saya melalui ikan ini Alhamdulillah syukur tidak terhingga.


Saya pernah berpesan kepada kawan saya bahawa setiap apa yang di racangan tidak semestinya menjadi,susah senang tetap bersama,kadang kala perit di rasai namun setelah melihat wajah  kawan saya dan semangatnya dalam berusaha itu segala penat lelah dan kekusutan itu hilang serta-merta .

Sekiranya ada masalaha yang timbul cepat-cepat saya berbicang dengan kawan saya itu yang berkaitan dengan apa yang ingin dilakukan,sekali lagi saya berpesan kepada kawan saya bahawa ingat lah apa yang kita racangan itu tidak semestinya menjadi sebab segala kekuasaan ada padaNya


kakulators:seperti kata DSAI lawan tetap lawan,saya ubah sikit usaha tetap usaha

Rabu, 20 April 2011

Usia saya semakin hari semakin tua...amal ibadah kurang

Assalamulaikum....

Pada tanun 2011 ini,saya sudah berusia 26 tahun.Sepanjang hidup saya selama 26 tahun ini sudah banyak yang saya lalui pahit,manis, masam dan masin kehidupan ini.

Saya rasa masih ada kekurangan yang ada pada diri saya,Iaitu dari segi Amal Ibadah kepada ALLAH S.W.T.

Dengan kesenagan dan nikmat yang melimpah ruah dari Yang Esa,saya merasakan saya ini seorang yang tidak bersyukur.Kadang kala saya alpa megejar dunia yang sementara ini.

Bila saya mendengar ada orang yang mati saya berasa begitu takut,takut diatas pebuatan yang dilakukan selama ini.

Ada setengah remaja sekarang tidak kisah dengan Ama Ibadah ini,ini kerana mereka beranggapan masa muda inilah mereka hendak bergembira.

Nak bergembira tidak salah,tetapi ada batasannya dalam bergembira itu.Kerana Mati tidak mengenai usia muda atau tua.

Dalam pada saya berniaga juga kadang-kadang saya bimbang dalam urusan jual beli seharian ini.

Ketika usia muda inilah pebanyakkan amal ibadah kerana di hari tua nati keterbatasan dalam melaksanakan amal ibadah itu akan berkurangan.

P/S:Muhasabah lah diri kita,semoga kita medapat berkat hidup ini

Lukisan Kartun guna Paint












Kakulatos:tak pandai pun melukis...hehe

Isnin, 18 April 2011

COK =Cangkul

Bahasa pelbagai dan rojak sering kali di gunakan dalam pertuturan kita,terutamanya bahasa di sekitar pantai timur,maka tidak hairan lah yer agak lucu sedikit apabila mendengarnya,cok laluh budak ni,ko memang  nakal sapa tak kenal ko ni memang nakal pun,dan kena cok nakal plak dah kesian sungguhlah.hehehe

kalau kisah budak-budak plak,aku cok dulu tempat nih mung jangan ambik ploks tempak aku nih hehehe kalau orang sekitar utara dan selantan mesti tak paham lah bahasa apa ini

perkataan COK juga digunakan untuk mengambarkan tentang cangkul yang digunakan semasa berkebun,ini kerana COK sungguh popular,guna cok lah nak nyakul tu....

COK juga digunakan untuk mengambarkan tentang kubertor motosikal,entha macama manalah hari saya dapat idea ingin berkongsi dengan anda mengenai perkataan COK ini

Rabu, 13 April 2011

Siapa Idola kamu

siapa kah idola kamu,itulah tajuk posting saya pada kali,setiap orang mesti ada idola masing-masing bergitu jugak dengan kamu dan juga saya,Dalam hidup sebagai seorang muslim kita menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam kehidupan seharian kita,tetapi tidak ramai mengikuti Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Idola saya dari kecil dan paling rapat dengan saya tentulah ayah saya,saya saya sorang tegas,dimana kalau saya ingin dapatkan sesuatu atau membeli sesuatu saya kena usaha sendiri.Kalau hal-hal yang menlibatkan yuran \-yuran sekolah baru ayah saya terlibat

idola biasanya menjadi ikutan baik dari segi berpakaian,cara bercakap,berfesyen dan sebagainya.Siapakah idola kamu sekali lagi saya bertanya kepada kamu ?namun istilah idola sekarang sudah di tukar kepada mentor pula,

Jadi fikir-fikirkan lah siapa idola kamu ya

Kakulator:Idola kaku dulu kumpulan Raihan sebb suka gendang

Isnin, 11 April 2011

Lawatan ke kolam ikan siakap (satu projek satu misi)

Rehat sekejap di kedai,bukak sahaja komputer mesti masuk forum cari gold banyak infomasi berguna di dalam tu dan ramai jugak lah yang sedang rancak berborak dan membuka pelbagai isu,cari gold ni lebih kepada forex tengok-tengok mana yang patut lepas tu terima panggilan dari kawan,katanya nak tunjuk sesuatu

Saya pun balik dulu ke rumah sebab nak bukak hadiah bungkusan hadiah yang baru sampai,bila bukak tengok-tengok bahulu inti yang baru saya oder tempoh hari best ni,baca doa dulu nak makan tu yer.heheh

selepas selesai saya menunggu kawan saya sampai ke rumah,sempat lagi saya pusing sekiling rumah saya tu,tak sempat nak keliling rumah kawan saya pun dah sampai,saya apa lagi terus sahaja start moto kesayangan saya tu






kawan saya cakap kita perlu membersihkan kawasan kolam ikan siakap tu dulu,ooooo kena bersih dulu ingatkan dah ader ikan kat dalam tu,nama sahaja kolam ikan siakap hehe ikanya takder pun.


20 minit kemudian saya,kawan saya dan si pembesih kolam pun sampai melihat keadaan sekeliling kolam,wah siap ader rumah hotel tumpangan lagi nih.Tanpa membuang masa pembersih kolam mung mengeluarkan mesin pemotong rumputnya erm bermula lah acara membersih di kolam itu.Jam menunjukan tepat pukul 11.59 pagi saya nak bukak kedai plak nih


saya pun berlalu pergi meninggalkan mereka berdua


kakulators:Alhamdulillah semoga projek ikan siakap ini berjaya

Sabtu, 9 April 2011

Kemunculan semula Tuah Sujana Penulis muda berbakat



kemarin pada 8 hb saya ada meeting bersama dengan sorang penulis berbakat iaitu Tuah Sujana berbicangan tertumpu kepada  perancagan pelancaran buku beliau bersama sorang lagi sahabat saya iaitu saudara Hakim

Banyak juga perkara yang kami bicangan,mengenai pelancaran,sale dan grouping,pembentangan di mulakan oleh saya di mana saya pada waktu sudah bersedia secukup untuk perbentangan tersebut

Sikap berani Tuah Sujana 

Walapun Tuah Sujana masih muda dan masih mentah di lapangan penulisan,namun beliau mempunyai sikap berani dan yakin diri,kerana bagi saya bukan calang-calang penulis yang mahu menerbitkan karyanya sendiri.Namun sikap berani  yang di tunjukan oleh Tuah Sujana ini memberi satu kekuatan kepada saya dalam bidang blogging.Himpunan karya beliau sejak berumur 9 tahun sehingga 19 tahun di bukukan sebaik mungkin  dan insyallah pada bulan 11 yang akan datang buku belia akan berada di pasaran

Group kerja hanya di kalangan orang muda

menlentur buluh biar lah dari rebungnya,Tuah Sujana melantik di kalangan orang muda dalam menjalankan  pemasaran bukunya.Mempunyai bahagian pemasaran online dan offline,saya merasa projek ini  dengan izin Yang Maha Berkuasa inyallah Tuah Sujana akan meningkat lebih jauh di masa akan datang ,syabas untuk  Tuah Sujana
Mereka yang berumur di dalam lingkungan 19-26 menjadi nadi pengerakan untuk pelancaran buku Tuah Sujana

Jadual yang padat di IPG Kota Bharu

sebenarnya Tuah Sujana tidak dapat lari dari satu tanggungjawab terhadap dirinya  sendiri di mana beliau merupakan seorang penuntut di IPG Kota Bharu,alhamdulillah beliau akan menamatkan pegajian beliau tidak lama lagi

Kemunculam semula setelah 2 tahun berhenti menulis

Tuah Sujana berhenti menulis?itulah perkataan pertama kenalan rapat beliau,kerana beliau ingin menumpukan perhatian beliau kepada pelajaran,namun setelah 2 tahun menyepi kini beliau membuat kemunculan semula di arena penulisan


bersambung..........

Selasa, 5 April 2011

Cabaran menyimpan RM10 sehari...


Assalamulaikum ....
Posting kali ini berkaitan dengan simpanan,tak besar mana pun RM10 sehari sahaja,sebenarnya saya sudah mencabar diri saya sendiri mulai 6/4/2011 saya akan menyimpan wang sebanyak RM10 sehari,macam rakan-rakan berani tiru macam saya,ok kalau berani  di persilakan.

Bila di fikirkan balik dan tengok aliran keluar duit bertapa pentingnya membuat simpanan,asyik belanja ajer tahu simpanya tidak,maka dengan ini saya mencabar diri saya menyimpan wang seperti diatas untuk tujuan kecemasan di masa akan datang

Apa yang kita selalu makan?pada kebiasaan bagi mereka yang hidup sorang-sorang ni makan tu tak lah banyak sangat cuma belanja untuk bil-bil dan prepaid untuk call2 dan sebagainya

Bayar gaji pada diri sendiri ??

Sebenarnya saya menyimpan ni ibarat saya membayar gaji kepada diri sendiri,dimana dengan cara ini nak tak nak saya akan memperuntukan sejumlah RM10 kepada diri saya sendiri,sebenarnya kita dapat menyimpan duit sekiranya kita mengetahui cara-cara yang betul

Mungkin semua orang dah tahu kan bertapa pentingnya simpanan,walaupun orang itu gaji ribu-ribu jangan abaikan simpanan ni,kalau susah sangat simpan ajer RM10,lama-lama jadi banyak jugak,mana tahu boleh bantu nikah  ketika kecemasan nanti

Saya cabara diri saya sendiri menyimpan duit,anda bagai mana???

Kakulators:Saya bab menulis tak pandai jadi para pembaca fikir-fikirkan sendiri



Isnin, 4 April 2011

Kisah cinta melalui.....bahagian 1

Assalamulaikum dan selamat malam,baca pasal tajuk di atas tu tentu kekawan sudah tahu dan lihat pula pic yahoo messenger ini .Penuh dengan keceriaan dan menampakan gigi putihnya hehehe

Pada tahun 2007 dimana waktu itu saya mula-mula berkerja di pejabat,jam waktu itu tepat pukul 5.30,waktu kerja  sudah habis dan saya lebih suka menghabiskan waktu lepak berchating ketika itu sebelum pulan ke rumah.Saya memasuki salah satu room iantu room kelantan 1 di mana terdapat banyak id kat situ
saya pun klik pada nama inas,menegur seolah-olah inas berada di hadapan saya ketika itu,assalamulaikum dah mandi apa khabar itu msg saya yag pertama ketika mengenali inas ketika itu.Begitulah seterusnya dari hari ke hari

Mengenali inas melalui chatting room sebenarnya memberi satu lembaran baru megenai chatting,kalau ikutkan chatting ini bukan boleh percaya sangat maklum ajer tak pernah bersua muka

Pada tahun 2008,detik medebarkan telah belaku di mana buat pertama kalinya saya berjumpa dengan inas di Pejabat dearah ketika itu,pada waktu itu inas baru sahaja berumur 23 tahun masih muda dan mentah lagi ketika itu

inas.inas,inas

bersambung....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...