kisah Kertas Double A

ASsalamulaikum

Al kisah,maka tersebut lah kisah....pada hari ini saya beli satu rim kertas Double A.Tujuan saya membeli kertas sampai satu rim tu ialah nak buat satu buku laporan berkaitan dengan kerja saya selama 3 tahun tu ,mana tahukan kot-kot dapat temu tak terduga pasal kerja.

Maka dengan gagah nya saya pun pergi lah ke kedai menjual kertas Double A tu ,masuk-masuk ajer kedai ada lah 2 orang cik adik ni sedang bertugas di kaunter hadapan,eh sorang ajer yang bertugas di kaunter,sorang lagi dok megadap komputer,curi tulang yer..hehehe

Nak panggil apa yer kat cik adik 2 orang ni,ermm awk ajer la sebab tak tahu umur kan.Awak saya nak beli kertas satu rim,maka yang duduk depan kaunter tu pun bangun,abg nak yang mana bang,cewah abang yer panggil kat saya,dalam hati nasib aku dah ada awek hehehe kalau tak aku ngejas ajer adik ni

Abang nak yang mana yang harga rm 10 atau nak harga kertas rm 13?Maka terdiam lah saya sekejap...sekejap ajer 5 saat ajer diamnya tak lama

Yang mana ok?Maka jawab adik tadi yang Double A bang elok,sebab dia tebal sikit katanya,lepas tu saya meneruskan pertanyaan lagi,yang berharga rm 10 ni macam mana?maka jawablah adik tadi,yang nipis sikit.OOOOO nipis

Saya pun tanpa berfikir panjang terus setuju ajer dengan kertas Double A tu .Bilangan nya pun banyak 500 helai,ish betul ker saya ni nak buat buku laporan samapai 500 muka surat.

Bila pikir balik dan kira balik elok lah beli banyak sebab di lain masa tak perlu beli lagi.Satu helai baru 3 sen ajer adik yang masih bersekolah pun ada lagi,lepas ni adik tak payah susah-susah nak beli kertas di koperasi sebab koperasi kat rumah dah ada hehehe

Para pembaca satu kelebihan lain yang ada pada Double A ni bila kita lihat di bungkusannya terdapat perkataan PAPER FROM FARMED TREES paham tak maksudnya apa?Mungkin ramai dah tahu maksudnya 

Bagi saya maksudnya adalah kertas ini di buat dengan pokok yang khas di tanam semata-mata untuk tujuan membuat kertas double A sahaja.Tak perlu terbang hutan.Bersesuai dengan kampen yang di jalankan oleh pihak kerajaan iaitu megurangkan penebangan hutan

selama ni saya tahu guna ajer kertas ni,salah sorang kawan saya bagi tahu bahawa Double meggunakan Pokok yang di tanam khas untuk membuat kertas tanpa menebang hutan

Secara ringkasannya:

kertas Double A sangat berkualiti dan mesra alam kerana bahan yang dihasilkan dalam membuat kertas Double A ini di ambil dari pokok yang di tanam khas untuk menghasilkan kertas ini

Ulasan

  1. Memang selalu guna kertas Double A ni. Tapi tak tau menahu pulak ia dihasilkan sebegitu. Terima kasih atas info ni ya. :D

    BalasPadam
  2. sama2 terima kasih keran sudi melawat blog ini

    BalasPadam

Catat Ulasan